Assalamualaikum &
Selamat Sejahtera!
______________________________________________________________
Nama saya Siti Aisyah binti Shamsuddin. No pelajar 2021503725. Saya merupakan pelajar semester 2 dalam Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik (ED248) di UiTM Puncak Alam.
Dalam enteri ini, saya akan berkongsi info menarik tentang planet Utarid. Mari kita kenali dan pelajari planet ini dengan lebih mendalam.
______________________________________________________________
Planet Utarid (pinjaman Bahasa Arab: عُطارِد, `Uṭārid). Dikenali sebagai Mercury dalam Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Cina pula disebut 水星, shuǐxīng, yang bermaksud Bintang Air (Water Star). Planet ini berwarna kelabu atau perak.
Utarid ialah planet terkecil dalam sistem suria yang mana diameternya berukuran lebih 3,000 batu, (3032 batu/4880 km), kira-kira saiz benua Amerika Syarikat.
Sama seperti Bumi, Utarid ialah planet berbatu ataupun dikenali sebagai planet terrestial, dengan tiga lapisan utama, teras, mantel dan kerak. Hanya kerak Utarid yang tidak mempunyai plat tektonik. Teras besinya adalah sangat besar jika dibandingkan, membentuk 85% daripada jejarinya, manakala teras dalam dan luar Bumi menyumbang hanya 55%.
Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari. Ia mengorbit bintang sistem suria kita pada jarak purata kira-kira 58 juta batu.
Planet ini mempunyai eksosfera yang sangat nipis, yang merupakan lapisan terluar atmosfera planet. Eksosfera ini dikomposisi daripada oksigen (O2), sodium (Na), hidrogen (H2), helium (He), and potassium (K).
Kekurangan atmosfera dan jarak yang dekat dengan matahari juga menjadikan Utarid sebagai planet yang ekstrem. Suhu permukaan boleh meningkat hingga ke 800 darjah Fahrenheit pada waktu siang dan jatuh kepada 290 darjah Fahrenheit di bawah sifar pada waktu malam.
Graviti matahari menarik lebih kuat di Utarid berbanding planet lain, dan seperti semua planet, Utarid bergerak dalam orbit elips, perlahan apabila ia berada jauh dari matahari dan memecut apabila ia semakin dekat. Dengan kelajuan purata lebih 100,000 batu sejam, Utarid mengelilingi matahari dalam masa 88 hari sahaja.
Taken by the MESSENGER probe shows the different types of rocks on the surface of Mercury. (Credit: NASA)
Planet Utarid sukar untuk dilawati?🤔
Setakat ini, Utarid hanya dikunjungi oleh dua kapal angkasa, Mariner 10 dan Messenger NASA. Misi-misi tersebutlah yang banyak memberi maklumat dan informasi berkaitan planet Utarid yang kita ketahui hari ini.
Jarak terdekat antara Bumi dan Utarid ialah 77 juta km. Malah, secara purata ia adalah planet yang paling hampir dengan Bumi. Manakala, jarak terdekat antara Bumi dan Musytari ialah 588 juta km, hampir 8 kali ganda. Musytari pula telah dilawati semula pada tahun 1974, dua kali pada tahun 1979, pada tahun 1992, pada tahun 1995, pada tahun 2000, pada tahun 2007. Pelbagai misi telah dilancarkan ke Zuhal, Uranus, Neptun, ke komet dan asteroid manakala Utarid tidak mendapat apa-apa selama 30 tahun. Justeru, mengapa planet ini amat sukar untuk dilawati?
Hal ini kerana Utarid adalah salah satu planet yang paling mencabar untuk dikunjungi dalam keseluruhan sistem suria kita. Planet ini wujud dalam relau (furnace, house heating). Disebabkan jaraknya yang hampir dengan Matahari, suhu permukaannya mencecah paras tertinggi 430°C, jadi kapal yang ingin melawatinya perlu mempunyai daya ketahanan haba yang sangat tinggi dan mampu melawan daya tarikan yang datang dari graviti Matahari.
Nasa's Mariner 10
Messenger Nasa
Tajuk:
Kenali Planet Pertama dalam Sistem Suria: Planet Utarid
Link : https://youtu.be/_O9mjLh2L8k
Mercury 101
Planet yang Paling Dekat dengan Matahari
Sunrise from other planets and moons (Our Solar System)
Why is the Closest Planet Also the Most Difficult to Visit?
1
3
2
Secara keseluruhannya, dalam menghasilkan entri ini saya telah menjalankan pelbagai kajian, temubual dan bacaan dari sumber yang berautoriti, saya mendapati bahawa Planet Utarid mempunyai banyak ciri-ciri yang mengagumkan. Justeru, Planet Utarid boleh dijadikan sebagai contoh kehebatan alam semesta. Planet Utarid adalah suatu planet yang hebat dan menarik. Oleh yang demikian, lebih banyak kajian atau misi perlu dilancarkan untuk mendapat lebih informasi tentang planet ini.
Chapman, C. R. (2021, December 15). Mercury. Encyclopedia Britannica : https://www.britannica.com/place/Mercury-planet
Canadian Space Agency : https://www.asc-csa.gc.ca/eng/astronomy/solar-system/mercury.asp
Karl Tate, (November 16, 2010), Inside Planet Mercury (Infographic) : https://www.space.com/63-inside-planet-mercury-infographic.html
Karl Tate, November 30, 2012 Water Ice on Mercury: How It Stays Frozen (Infographic) : https://www.space.com/18695-water-ice-mercury-explained-infographic.html
Elizabeth Howell, (November 28, 2014), Delaying Death: Mercury Spacecraft Firing Engines To Stay Up Until 2015, - Universe Today : https://www.universetoday.com/116715/messenger-mercury-spacecraft-has-one-more-engine-fire-to-delay-its-inevitable-death/
Mercury 101 | National Geographic - YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=0KBjnNuhRHs
Sunrise from other planets and moons (Our Solar System) - YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=BFCVa0BQwEg
Planet yang Paling Dekat dengan Matahari - YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=uTSsvBEk_Sw
Why is the Closest Planet Also the Most Difficult to Visit? - YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=1MwGXzKjFfY
- The End -
Thank You For Visiting My Page! :D