Assalamualaikum
Nama saya Nur Aqilah Farhana Binti Mohamad Isa merupakan pelajar semestar 2 kursus SCE523 (SCIENCE TECHNOLOGY AND SOCIETY) bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Sanis (Kepujian) Fizik di UiTM Puncak Alam, Selangor. Saya ditugaskan untuk memperkenalkan kepada anda tentang planet kedua dalam Sistem Suria iaitu Planet Zuhrah. Jadi, marilah kita bersama-sama menerokai dunia angkasa dengan lebih mendalam bagi menambah ilmu pengetahuan anda.
ZUHRAH
Zuhrah adalah planet kedua dari Matahari. Planet Zuhrah (Venus) digelar sebagai bintang kejora oleh masyarakat Melayu. Zuhrah merupakan jasad samawi kedua yang bersinar terang di selepas Bulan. Walaupun begitu, Zuhrah merupakan planet yang paling panas di dalam Sistem Suria
Planet Zuhrah terbentuk lebih kurang 4.5 bilion tahun yang lalu apabila graviti menarik gas dan habuk - habuk disekitarnya lalu membentuk planet ini. Struktur Zuhrah hampir menyamai Bumi. Terdapat teras besi yang radiusnya menghampiri 3200 km. Kemudian diatasnya terdapat lapisan mantel yang mengandungi batuan panas. Permukaan Zuhrah pula terdiri daripada lapisan kerak yang sangat nipis dan bergerak seperti mantel dan menghasilkan gunung berapi. Zuhrah mempunyai gunung, lembah dan gunung berapi. Gunung tertinggi di Zuhrah ialah Maxwell Montes mempunyai ketinggian 8.8 km yang menyamai ketinggian Gunung Everest. Terdapat dua kawasan pergunungan yang terbesar iaitu Ishtar Terra yang saiznya sebesar Australia dan Aphrodite Terra yang saiznya sebesar Afrika Selatan.
Permukaan Zuhrah berdebu dan dilitupi dengan kawah, dimana semua kawah adalah besar (1.5 km hingga 2.0 km). Meteorid yang bersaiz kecil terbakar di lapisan atmosfera Zuhrah yang tebal, maka hanya meteorid yang besar sahaja yang sampai ke permukaan dan menghasilkan kawah hentaman yang besar.
Gunung Berapi Terbanyak dalam Sistem Suria
Zuhrah merupakan planet yang mempunyai jumlah gunung berapi terbanyak didalam sistem suria kita iaitu melebihi 1600 ribu .
"Saudara Kembar" Bumi
Planet Zuhrah dianggap sebagai “saudara kembar” Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama. Selain itu, Zuhrah juga mempunyai permukaan yang masih muda dan atmosfera yang tebal sama seperti Bumi.
Berputar secara Abnormal
Zuhrah berputar mengikut arah jam dengan sangat perlahan pada paksinya. Situasi ini amat berbeza dengan planet-planet lain dalam sistem suria kerana semua planet-planet ini berputar mengikut arah lawan jam. Selain itu, satu hari di planet Zuhrah (243 hari) lebih panjang berbanding satu tahunnya (225 hari). Lebih memeranjatkan lagi, planet ini berputar 6.5 minit lebih perlahan pada tahun 2014 berbanding awal 1990-an. Teori yang dapat menjelaskan keadaan ini adalah disebabkan oleh cuaca. Atmosfera yang tebal di Zuhrah melawan putaran planet ini menyebabkan ia bergerak perlahan.
Objek langit kedua tercerah di langit malam
Planet Zuhrah merupakan objek kedua yang cerah di langit selepas bulan. Kecerahan planet Zuhrah diantara magnitude -3.8 sehingga -4.8, ia dapat di lihat pada waktu siang ketika keadaan langit yang bebas awan.
PERMUKAAN PLANET ZUHRAH MEMBAKAR KAPAL ANGKASA YANG MATI DENGAN KADAR PANTAS
Menurut NASA, atmosfera planet ini mengandungi karbon dioksida dan gas pembunuh, asid sulfurik. Jika kita terkena asid berbahaya ini, kita akan mati. Selain kandungan gas yang sangat berbahaya, suhu di planet boleh mencapai sehingga 470 darjah Celsius. Tekanan pada permukaan planet ini juga sangat tinggi. Siasatan Prob Soviet Venera, yang berada di permukaan Zuhrah kira-kira sedekad lalu, terbakar dalam masa kurang dua jam.
MARI TONTON BERSAMA
VIDEO INI MENGENAI TENTANG FAKTA MENARIK PLANET ZUHRAH DAN DOKUMENTARI BERSAMA DUA ORANG PENEMUDUGA IAITU CIK DAMIA DAN CIK AFRIENA.
Sistem suria sangat menakjubkan sehingga setiap komponen yang terdapat didalam sistem suria berkait di antara satu sama lain. Setiap planet mempunyai keistimewaan masing-masing begitu juga planet Zuhrah. Banyak lagi perkara yang belum dipelajari tentang planet ini seperti adakah planet ini mempunyai kehidupan ataupun tidak.
Ahmad, N. S. (2021, May). Planet Zuhrah: Planet Yang Paling Bercahaya. Retrieved from Root of Science: https://rootofscience.com/blog/2021/sains-fizikal/geologi/planet-zuhrah-planet-yang-paling-bercahaya/
Sammy. (2016, March 6). FAKTA MENARIK MENGENAI PLANET ZUHRAH. Retrieved from Cerita Sammy: https://dibawahtempurung.blogspot.com/2016/03/fakta-menarik-mengenai-planet-zuhrah.html
Syah. (2017, July 18). Apa Yang Ada Perlu Tahu Mengenai Planet Zuhrah. Retrieved from the Patriots: https://www.thepatriots.asia/apa-yang-ada-perlu-tahu-mengenai-planet-zuhrah/