Gerhana Matahari merupakan salah satu fenomena alam yang sering menjadi tumpuan terutamanya bagi ahli-ahli astronomi dan juga mereka yang cintakan ilmu astronomi. Hal ini kerana fenomena gerhana matahari antara salah satu fenomena alam yang unik dan menarik.
Fenomena Gerhana Matahari dianggap unik kerana tempat dan masa fenomena ini berlaku adalah tidak tetap. Gerhana Matahari hanya boleh diperhatikan di tempat-tempat yang tertentu pada waktu-waktu sahaja. Hal ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam tajuk-tajuk seterusnya.
Fenomena gerhana matahari berlaku pada waktu siang. Fenomena ini terjadi apabila Bulan menghalang cahaya Matahari dan membentuk bayang-bayangnya ke Bumi. Hal ini menyebabkan kawasan Bumi di mana fenomena ini berlaku bertukar menjadi gelap kerana Bulan bergerak melintasi matahari.
Namun, tidak semua yang orang boleh melihat setiap fenomena gerhana matahari. Peluang untuk melihat gerhana matahari penuh adalah jarang berlaku. Hal ini kerana bayang-bayang Bulan di Bumi tidak begitu besar, jadi hanya sebahagian kecil tempat di Bumi akan dapat melihat fenomena ini. Fenomena ini juga perlu diperhatikan di kawasan siang Bumi. Selain itu, untuk melihat Gerhana Matahari seseorang itu perlulah berada di laluan bayang Bulan yang terbentuk di bumi