DISEMBER 2025
VIDEO AZAM TAHUN BARU
VIDEO AZAM TAHUN BARU
Pertandingan menghasilkan video azam tahun baru menggunakan platform sosial media seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menghasilkan video azam tahun baru yang berdurasi 1 minit. Video tersebut hendaklah menunjukkan azam tahun baru yang positif, memberi impak, serta kreatif.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/M7EzwLLvyBLwhAHw8
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Tarikh Pendaftaran dibuka: 7 Disember 2025 (Ahad) - 14 Disember 2025 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 14 Disember 2025
Pengumuman pemenang: 21 Disember 2025 (Ahad)
Tema projek ialah ‘Video Azam Tahun Baru’– di mana para peserta perlu mencipta sebuah video yang mempunyai elemen azam tahun baru.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok untuk mencipta video tersebut.
Durasi video adalah maksimum 1 minit.
Video tersebut boleh dilakukan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej yang tidak sesuai yang berkaitan dengan budaya, bangsa atau agama lain.
Antara kriteria penilaian adalah: Kreativiti, Positif, Memberi impak.
Semua karya mestilah asli dan hasil ciptaan peserta sendiri.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Hanya penghantaran yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan. Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.
https://drive.google.com/drive/folders/1qXPPer00C07GWLk9DDZdA43VI2dLWbCr
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.