Tragedi Puteri Abbasah (3)

Maka Ja’afar pun bersyairlah seperti adat sehari-hari. Demi didengar Raja Harun Al-Rasyid suara Ja’afar Barmaki, maka ia pun marah serta ia pun bersabda, “Segeralah kamu penggalkan lehernya dan kamu bawa kepalanya kepadaku.”

Ertinya: Hanya, sanya Raja yang lemah itu barang siapa yang tiada mengambil balas daripada bidak Tuan Hamba jua berkata dapat sampai sah bidak kepada raja. Sekarang betapa adanya. Adakah sampai sah bidak kepada raja atau tiadakah?”

Demi hamba dengar Raja Harun Al-Rashid bersabda demikian, maka tatkala itu serasa tiadalah nyawa hamba dalam badan hamba. Maka hamba pun berdatang sembah, “Ya Amirul Mu’minin, Allah Subhnahu wa Ta’ala jua mengetahui kebenaran hambanya. Tiada hamba berkata begitu melainkan kerana catur jua.”

Maka tatkala dilihat Amirul Mu’minin sangatlah gementar segala sendi tulang hamba, maka sabda Amirul Mu’minin, “ Hai Aba Ishak, kembalilah Tuan Hamba.”

Demi didengar sabdanya demikian itu, tetap rasanya hati hamba. Maka hamba pun bermohonlah, lalu kembalilah hamba. Pada masa itu jua dipenjarakan Raja Harun Al-Rasyid akan Yahya dan Fadzil dan dirampasnyalah segala harta kaum Barmaki. Pada pagi-pagi harinya, dititahkan Raja Harun Al-Rasyid menyulakan badan Ja’afar. Hatta Ja’afar pun disula oranglah.

Kata Yang Empunya Cetera maka terdengar Ja’afar tersula itu kepada seorang Badwi. Maka ia pun datanglah ke tempat Ja’afar yang disula itu. Maka dilihatnya Ja’afar tersula maka ia pun menangislah serta ia بربجي سابو dengan syairnya. Demikian bunyinya;

اقوام ماتوا وما ماتت مكرمهم واقوام احيا وبين الناس اموات

Beberapa kaum telah matilah mereka itu tetapi tiada mati segala kebajikan mereka itu dan berapa kaum hidup mereka itu adalah mati mereka itu antara segala manusia.

مصلبين على لا خشاب كانهم على منايربقه وان الحيات

Tersula mereka itu atas sulaan seolah-olah mereka membaca khutbah di atas mimbar.

Belum pun sudah Badwi itu bersyair, tiba-tiba gugur cincin daripada jarinya Ja’afar. Maka cincin itu pun diambil Badwi itulah.

Kalakian maka khabar itu pun dipersembahka oranglah kepada Raja Harun Al-Rasyid. Demi didengar Raja Harun Al-Rasyid, maka dititahkannya orang memanggil badwi itu. Maka orang itu pun pergilah.

Hatta, maka Badwi itu pun datanglah. Maka sabda Raja Harun Al-Rasyid, “Hai Badwi. Tiadakah kau dengar kularangkan jangan seseorang jua pun menangis بربجي سابق akan kaum Barmaki? Maka Badwi itupun bersyair, demikian bunyinya:

اماوالله لاخوف واس وسين للخليفة تنافي

Demi Allah, tiada hamba takut akan cuca orang dan mati Khalifah pun belum lagi terpinjam.

لطفنا حول خد عك واستلمنا كما للناس با الحجر استلامي

Nescaya tawaflah hamba pada keliling sulaan Ja’afar dan hamba kucupi akan dia seperti dikucupi segala manusia akan hajar al-aswad.

ما ابصرة مثلك يا بن يحيى حسابا سله السيف الحسام

Tiada kelihatan seorang jua pun sepertimu ini hai Anak Yahya engkau umpaya pedang yang tajam memutuskan.

عن للذت والدنيا جميعا علي ال برمك السلام

Segala lazat cita rasa dunia sekalian sejahteralah atas kaum Barmaki .

Sanya didengar Raja Harun Al-Rasyid syair Badwi itu maka ia pun diamlah.

*******

Selesailah Fakir daripada menceterakan setengah daripada cetera Raja Harun Al-Rasyid, maka dimulai Fakir setengah daripada cetera anaknya.


Teruskan Pelayaran Anda...

https://sites.google.com/site/0361544/akibat-menukas-palsu