KATA SAHIBUL HIKAYAT, sekali peristiwa, Raja Harun al-Rasyid bermain-main pada segala tamannya. Tatkala itu bulan pun purnama empat belas haribulan. Hingga sampailah ia kepada sebuah istana. Maka dilihatnya seorang perempuan muda daripada gundiknya yang bernama Badarul Tamam. Ertinya, Bulan Purnama Empat Belas. Terlalu elok parasnya. Kata yang empunya cetera, bahawa akan perempuan itu adalah kurang kasih Raja Harun al-Rasyid akan dia, daripada kasihnya yang dahulu itu. Maka dilihat Raja Harun al-Rasyid pada malam itu ia berjalan dalam istana mengasingkan dirinya selaku mabuk dan ada ia memakai pakaian sutera danفنجا سلينداعن terhela-hela di belakangnya. Maka dijabat Raja Harun al-Rasyid akan dia. Maka sembahnya, “Ya Tuanku, Syah Alam telah berapa lamanya dilupai Syah Alam akan diperhamba. Sekarang tiadalah diperhamba ketahui Tuanku berkehendak akan diperhamba lagi. Dilepaskan kiranya akan diperhamba. Esok hari diperhamba datang mengadap.” Hatta, maka dilepas Raja Harun al-Rasyid akan dia. Maka pagi-pagi harinya, bersabda Raja Harun al-Rasyid kepada orang yang mengawal, “Hai pengawal pintu, jangan kau beri seseorang jua pun datang kepadaku.” Hatta, maka dinanti Raja Harun al-Rasyid akan dia tiada jua ia datang. Maka Raja Harun al-Rasyid pun berangkatlah kepada tempat Badarul Tamam. Hinggalah sampai ia ke sana maka lalu ia bersabda, “Hai Badarul Tamam, الكريم اذا وعد وفا الكَرِيمُ إذَا وَعَدَ وَفَا Ertinya: Orang yang mulia itu, apabila ia berjanji maka dipenuhi janjinya itu. Maka sembahnya, “Ya Tunku Syah Alam, كلام الليل يمحوه النهار كَلامُ اللّيلِ يَمحُوهُ النَهَارُ Ertinya: Kata pada malam itu dihapuskan oleh siang.
Demi didengar Raja Harun al-Rasyid katanya demikian itu, maka ia pun kembali ke istananya lalu semayam. Serta ia bersabda, “Siapa di luar pintu daripa ahli al-syair, panggilkan olehmu akan daku.” Maka sembah orang yang mengawal pintu, “Ya Tuanku Syah Alam, bahawa Abu Nuwas dan Mus‘ab[1] dan al-Raqasyi[2] ada.” Maka dititahkan Raja Harun al-Rasyid mereka itu masuk. Lalu ia mengadap.
Maka sabda Raja Harun al-Rasyid akan mereka itu, “Karangkan olehmu syair pada menyatakan kata كلام الليل يمحوه النهار. Maka sembah al-Raqasyi, “Ya Tuanku Syah Alam. Diperhamba syairkan pada menyatakan syair ini dengan tiga syair.” Kalakian al-Raqasyi pun bersyairlah demikian bunyinya: اتسلوها وقبلك مستطارو قد منع الفرار فلا قرار Ertinya: Adalah menyukakan hati perempuan yang muda bercinta tatkala hatimu masyghul dan sanya tertegah rasa hatimu maka tiadalah lagi karar . وقد تركتك صبا متها ما فتاب ولا تزوبر ولا تزار Ertinya: Dan sanya meninggalkan dikau tatkala berahi rindu dendam seseorang perempuan tiada mahu ia mengunjung..
اذامازرتهاكلام الليل يمحوه النهار Ertinya: Apabila kukunjung akan perempuan muda itu, tatkala itu berjanji ia serta katanya, “Perkataan malam menghapuskan dia oleh siang.”
Demi didengar Raja Harun al-Rasyid syairnya al-Raqasyi demikian itu maka ia pun sukalah. Maka berdatang sembah pula Mus’ab, “Ya Tuanku Syah Alam, diperhamba syairkan pada mengatakan kata ini dengan tiga syair.” Maka, sabda Raja Harun al-Rasyid, “Bahkan. Syairkanlah olehmu.” Hatta, maka Mus’ab pun bersyairlah. Demikian bunyinya: اما والله لولا تجدين وحدي لما وسمت في بغداد دارErtinya: “Tiadakah demi Allah jikalau tiada kuperoleh daripada dendam berahiku nescaya tiadalah lulus berahiku pada negeri Baghdad.”
اما تكفيك ان العين عسرى ومن زكريك في الا عشاء نا ر Ertinya: Tiadakah memadai dikau hai perempuan yang muda mengalir air mataku ini daripada menyebut dikau jadinyalah api berahiku ini bernyala-nyala?فقلت مصر بوعدي كلام الليل يمحوه النهار
Maka kata perempuan yang muda itu, “Hai yang diberahikan engkau terpedaya ialah dengan janjiku yang perkataan pada malam itu menghapuskan dia siang.” Demi didengar Raja Harun al-Rasyid syair Mus‘ab demikian itu, maka ia pun amat sukacita. Maka berdatang sembah pula Abu Nuwas, “Ya Tuanku Syah Alam, diperhamba syairkanlah pada menyatakan kata ini dengan lima syair.” Maka sabda Raja Harun al-Rasyid, “Bahkan. Syairkanlah olehmu.” Hatta, maka Abu Nawas pun bersyairlah, demikian bunyinya: وَلَيلَةً أَقبَلْتُ فِى القَصْرِ سَكرَى وَلكِنّ زَينَ السَكرِ الوَقَارُErtinya: Pada suatu malam, tiba-tiba berjalan pada mahligai seorang perempuan yang muda lagi mabuk lakunya jadi hiaslah lakunya itu.
وَهَزّ الرِيحُ أردَاقًا ثِقَالا وَغُصنًا فِيهِ رُمَّانٌ صِغَار Ertinya: Tiup anginlah akan pinggang yang kecil lagi berisi batang tubuhnya yang panjang lampai dalam buah delima yang kecil sesungghnya adanya.
وَقَد سَقَطَ الرِدَا عَن مَنكِبَيها مِنَ التَخمِيشِ وَانْحَلّ الإزَارErtinya: Sesungguhnya gugurlah selendang daripada tubuhnya kedua berhela-helakan dan terurailah kainnya.
فَقُلتُ هَا عَدّينى مِنكِ وَعدًا فَقَالَتْ فِى غَدٍ مِنكَ المَزَار Maka kata perempuan yang muda, “Sampaikanlah janjimu itu.” Maka sahut perempuan yang muda itu, “Esok harilah aku datang mengunjungi dikau.”
فقلت وعد سيدتي كلام الليل يمحوه النهار Ertinya: Maka kataku, “Manatah janji Tuan?”
Maka sahut perempuan yang muda itu, “Perkataan pada malam itu menghapuskan dia oleh siang.” Demi didengar Raja Harun al-Rasyid Abu Nuwas bersyair demikian itu,maka ia pun bersabda, “Mati dibunuh engkau seolah-olah engkau hadhir serta kami.” Maka dikurnia ia Raja Harun al-Rasyid akan Abu Nuwas sepuluh ribu dinar dan suatu persalin yang amat indah-indah. Hatta, maka sekalian mereka itu pun kembalilah.
Hikmat: Bahawasanya, sesetengah perkataan itu hikmat jua adanya atau seolah ubatan jua lakunya, seperti Nabi s.a.w.:إنّ مِن الشِعرِ لَحِكمَةً وَإنّ مِن البَيَانِ لَسِحرًا Ertinya: Setengah daripada perkataan syair itu hikmat jua adanya, dan setengah daripada perkataan itu ubatan jua adanya.
Tamat Kisah Syair Sebagai Penawar
Teruskan Pelayaran Anda...
1. Mungkin Mus’ab bin al-Zubayr, saudara tiri Abdullah bin al-Zubayr,
2.. Abu ‘l Abbas al-Rakáshi, antara penyair di istana Harun al-Rasyid.