Siapakah Ibn Abdillah_2

IBN ABDILLAH ialah nama "glamour" bagi AHMAD BIN ABDULLAH, iaitu empunya MS ini. Setakat yang saya dapat kumpulkan maklumat daripada Ayahanda saya,

Ahmad bin Abdullah adalah seorang yang banyak berusaha merakam dalam bentuk tulisan, beberapa jenis ilmu. Paling banyak ialah bahan yang membentuk ilmu

perbomohan (iaitu jampi serapah dan ramuan-ramuan perubatan tradisional). Sebahagian daripada ilmu perubatan yang dirakam oleh moyang saya itu boleh

dikategorikan sebagai Tibbun Nabawi, iaitu kaedah penyembuhan Islam menggunakan ruqyah (jampi) dan ramuan-ramuan perubatan. Mengikut Ayahanda saya,

moyang saya itu memang terkenal sebagai bomoh dan kebolehan merawat orang sakit itu turut diwarisi oleh Anak Lelakinya, iaitu Datuk saya, dan sedikit sebanyak oleh Ayahanda saya juga. Selain itu, bahan-bahan lain yang disalin oleh Ahmad bin Abdullah ialah risalat-risalat dan kitab-kitab agama. Juga bahan yang dapat dikategorikan sebagai karya kreatif, iaitu terdiri daripada kisah-kisah dan anekdot-anekdot yang menarik, yang sebahagian daripadanya berlatarbelakangkan sejarah.

Semasa zaman kanak-kanak saya, hasil buah tangan Moyang saya itu masih banyak yang terdapat dalam simpanan Ayahanda saya, tetapi malangnya lama kelamaan beransur hilang ditelan zaman.

KIRI: Hikayat Alf Lailah wa Lailah

Teruskan Pelayaran Anda...

https://sites.google.com/site/0361544/kisah-raja-yaman

Dua halaman sebelah kiri ialah contoh dari MS;

kanan ialah permulaan KANZU'ULA.

https://sites.google.com/site/0361544/kisah-raja-yaman