KATA SAHIBUL HIKAYAT sekali peristiwa dua orang pendita,
seorang ahli sunnah waljamaah, seorang pendita rafidhi[2] ;
maka kedua-duanya berbantah-bantahan masalah kada-kadar.
Kata pendita ahli sunnah waljamaah: "Yang baik dan yang buruk
itu dari Allah Ta'ala".(خيره وشره من الله تعالئ)
Kata pendita rafidhi: "Yang baik dari Allah dan yang buruk itu dari
manusia jua".(خيره من الله تعالئ وشره من النفس)
Maka keduanya pendita itu pun berbantahlah kira-kira enam belas
hari enam belas malam lamanya, masing-masing membangkitkan
hadis dan dalil, seorang pun tiada beralahan. Maka datang kepada
malam ketujuh belas, maka pendita ahli sunnah waljamaah pun
bermimpi. Maka dimimpinya seorang syeikh datang kepadanya
malam itu. Maka kata Syeikh itu, “ Mengapa kamu alah daripada
pendita rafidhi itu? Ada pun sekarang cari olehmu ada suatu
risalat yang dikarang oleh seorang alim bernama Syeikh
Muhammad dalam kitab Urkiba(اركبا) . Pada bab kada-kadar itu ada
suatu hikayat tersebut dalamnya. Bawa olehmu risalat itu dan
tunjukkan kepadanya.” Setelah itu hari pun sianglah, maka ia pun
jagalah daripada tidurnya. Maka dicarinyalah seperti yang
dipesankan Syeikh itu kepadanya. Maka didapatinya risalat itu lalu
dibawa kepada pendita rafidhi, serta katanya kepada pendita
rafidhi, “Baca olehmu hikayat dalam kitab ini.” Maka hikayat itu
pun dibaca pendita rafidhi. Setelah dibaca hatinya pun teranglah
daripada mendengar perkataan yang tersebut dalam hikayat itu.
Maka lalu bertaubatlah ia daripada iktikadnya yang dahulu itu.
Seorang pun tiada tinggal melainkan Raja itu jua dengan
sekeping papan dan sebuah bantal terumbang-ambing di tengah
laut. Berapa lamanya dengan takdir Allah Ta’ala maka didampar-
nyalah akan raja itu pada sebuah pulau yang khali[4] , tidak di-
diami manusia. Maka terhantarlah raja itu di tepi laut dengan
pengsannya dan lapar dahaganya. Demikianlah hikmat Allah
Ta’ala pada berlakukan iradatnya.
Maka lepas seketika, maka Raja itu pun bangkitlah lalu berjalan.
Tiba-tiba bertemu ia dengan bekas tapak kaki manusia. Maka
diikutnya tapak kaki itu, maka bertemu pula suatu papan tertanam
dalam pasir. Maka fikirnya, “Apa gerangan ini perahukah atau
papan?” Lalu dikorek serta dihelanya papan itu. Maka kelihatan
suatu gua yang amat dalamnya. Maka Raja itu pun fikir dalam
hatinya, “Apa gerangan yang mendiami gua ini?” Maka ia pun
tawakkallah serta katanya, “Barangnya pun kismatkulah.” Lalu ia
turun ke dalam gua itu. Maka dilihatnya suatu tangga serta ia fikir,
“Bahawa tangga ini perbuatan manusia jua rupanya.” Lalu turun-
lah ia.
Maka dilihatnya oleh Raja itu gua itu terlalulah luas dan terang,
cahayanya matahari dan bulan sampai ke dalam gua itu kerana
dari sebelah atas gua itu ada berlubang-lubang. Maka adalah
dalam gua itu sebuah geta[5] yang indah-indah dengan perhiasan-
nya. Maka di atas geta itu ada seorang lelaki muda belia duduk
bersandar pada sebuah bantal yang besar.
Inilah hikayatnya:
Bahawa ada seorang raja di benua Yaman bernama Kamaru-
zaman, terlalu besar kerajaannya tetapi ia takluk kapada Raja
Harun al-Rasyid . Sekali peristiwa, pada suatu hari ia hendak
berlayar bermain-main melihat temasya yang ajaib pada segala
pulau. Maka dititahkan segala wazirnya melengkapinya daripada
beberapa bahtera. Maka sembah Wazirnya, “Ya Tuanku Syah
Alam. Apa jua pekerjaannya Syah Alam hendak berlayar ini
kerana laut itu terlalu banyak bahayanya. Jikalau sebarang
pekerjaan lain sekali pun yang diperhamba mengerjakannya.”
Maka sabda Raja Yaman, “Tiada hajatku pada suatu jua pun
melainkan aku hendak melihat temasya laut jua. ” Maka dengan
berbagai-bagai kata yang nasihat dikata segala wazirnya tiada didengarkannya. Maka lalu dipermustaidkan oranglah akan
segala alat senjata dan zuadah[3] akan berlayar. Maka berlayar-
lah raja itu dengan segala hulubalang dan rakyatnya, qasadnya
berapa lamanya ia dalam pelayarannya. Maka pada suatu hari
datanglah masanya masya Allah berlaku iradatnya ke atas
hambanya. Maka turunlah ribut dan habis pecah-belah segala
kapal tiada berketahuan dan segala manusia pun habis matilah.
Teruskan Pelayaran Anda...
1. Dalam The Thousand Nights and A Night yang diselenggarakan oleh Burton (Jilid 1: “The Porter and the Three Ladies of Baghdad:- The Third Kalandar’s Tale”) terdapat sebuah kisah yang temanya mempunyai persamaan dengan tema kisah ini, iaitu “bila sudah takdir, tidak dapat lagi lari daripadanya”. Dalam versi ini, seorang pemuda telah diramalkan akan mati pada usia 15 tahun, dan pembunuhnya ialah Putera Ajib. Bapa pemuda tersebut telah menyembunyikan anaknya itu di sebuah pulau yang tidak didiami manusia, untuk mengelak daripada berlakunya takdir. Namun, Putera Ajib yang hanyut ke pulau tersebut apabila bahteranya karam, telah menjumpai dan bermesra dengan pemuda tersebut. Semasa mengambil pisau untuk membelah tembikai Putera Ajib telah tersangkut kakinya lalu rebah dan pisau yang di tangannya telah menusuk jantung pemuda malang itu.
2.. Pengikut Syi'ah Rafidhah.
3. Perbekalan makanan
4. Sunyi; tidak didiami manusia
5. Katil, pangkin