IBN ABDILLAH ialah nama "glamor" bagi AHMAD BIN ABDULLAH, iaitu empunya MS ini. Setakat yang dapat saya kumpulkan maklumat daripada
Ayahanda saya, Ahmad Abdullah adalah seorang yang banyak berusaha merakam dalam bentuk tulisan berbagai jenis ilmu. Paling banyak ialah
bahan yang membentuk ilmu perbomohan (iaitu jampi serapah dan ramuan-ramuan perubatan tradisional). Sebahagian daripada ilmu perubatan
yang dirakam oleh moyang saya itu boleh dikategorikan sebagai Tibbun Nabawi, iaitu kaedah penyembuhan Islam menggunakan jampi (ruqyah)
dan ramuan-ramuan perubatan. Mengikut Ayahanda saya, Moyang saya itu memang terkenal sebagai bomoh, yang mana kebolehan merawat orang sakit itu turut diwarisi oleh anak lelakinya (iaitu Datuk saya) dsn sedikit sebanyak oleh Ayahanda saya juga. Selain itu, bahan-bahan lain yangdisalin oleh Ahmad Abdullah ialah risalat-risalat dan kitab-kitab agama. Juga, bahan-bahan yang dapat dikategorikan sebagai karya kreatif,iaitu terdiri daripada kisah-kisah dan anekdot-anekdot yang menarik,sebahagiannya mempunyai latarbelakang sejarah.
Semasa zaman kanak-kanak saya, hasil buah tangan Moyang saya itu masih banyak yang terdapat dalam simpanan Ayahanda saya, tetapi
malangnya lama kelamaan beransur hilang ditelan zaman.
Kemungkinan panggilan yang boleh diberi kepada Ahmad Abdullah ialah "juru tulis" atau scribe, dalam bahasa Inggeris. Sama ada
beliau boleh diistilahkan sebagai pengarang, tidaklah dapat saya pastikan. Dalam pada itu, pengarang dalam masyarakat tradisi
biasa saja menyalin karya orang lain dan sambil menyalin itu dilakukan tokok-tambah, baik pada aspek bahasa maupun jalan cerita. Tambahan lagi, dalam zaman itu belum ada konsep "plagiat", sebab sesuatu bahan karangan itu tidak dianggap hak milik peribadi, tetapi hak
masyarakat bersama. Walau apa sekali pun penilaian terhadap Moyang saya itu, saya berpendapat seorang juru tulis atau scribe
itu tidak juga kurang pentingnya pada masyarakat, pada zaman kemudahan percetakan moden belum tersibar luas.
Antara bekas tangan Ahmad Abdullah ialah risalat-risalat perbomohan, matan-matan agama, al-Quran dan kepelbagaian teks kecil.
Antaranya, yang dapat saya sebutkan ialah Ms yang menjadi bahan Laman Sesawang ini (iaitu "PESAKA IBN ABDILLAH"); kitab
SABILUL MUHTADIN (سبيل المهتدين) karya Syeikh Arsyad al-Banjari; Nazam KANZUL 'ULA, (كنزالعلى) karya Saiyid Muhammad al-Idrus
dan "Fal" (instrumen untuk membuat ramalan). Kebanyakan bahan-bahan ini sudah rosak dimakan zaman, tetapi SABILUL
MUHTADIN masih berkeadaan kemas dan terpelihara. "PESAKA IBN ABDILLAH" pula masih baik keadaannya, kecuali 10
halaman permulaan dan beberapa halaman bahagian akhirnya yang sudah hilang.
MS "PESAKA IBN ABDILLAH' ini hakikatnya yang sebenar tidak mempunyai nama. Ia
merupakan sebuah buku catitan dan kandunganya adalah kepelbagaian, iaitu ilmu penyembuhan
dan kisah-kisah. Di bawah kategori ilmu penyembuhan ialah ambilan daripada manual perubatan
tersohor, antaranya Qanun fil Tibb(القانون في الطب), karya Ibnu Sina dan teknik-teknik perbomohan
Melayu yang terdiri daripada jampi serapah dan penggunaan ramuan herba.
Di bawah kategori kisah-kisah ialah kisah-kisah yang diterjemahkan/ disadur daripada teks Arab,
terutamanya Alf Laila wa Laila (ألف ليلة و ليلة) atau Hikayat Seribu Satu Malam yang termasyhur itu dan anekdot-anekdot tentang
perlakuan tokoh-tokoh dalam sejarah yang mempunyai sesuatu keistimewaan, yang diambil dari berbagai sumber.
KIRI: Hikayat Alf Lailah wa Lailah
Dua imej di kiri ialah contoh 2 halaman dari MS. Di kanan sekali ialah halaman depan dari Nazam Kanzul 'Ula
KETIK BUTANG DI BAWAH, KANAN
UNTUK MENERUSKAN PELAYARAN ANDA: