Salam Pengakap,
Sites ini diwujudkan untuk semua ahli Pengakap Kanak-kanak (PKK) mendapatkan lencana yang ditawarkan.
Untuk mendapatkan lencana ini, kamu haruslah melaksanakan tugasan dan mencatatnya ke dalam buku log yang kamu sediakan.
Sila ikut arahan guru pemimpin semasa aktiviti ko-kurikulum pengakap dijalankan.
Antara lencana yang ditawarkan untuk pengakap kanak-kanak (PKK) ialah :
Tahun 4 (5 lencana)
Lencana Keahlian
Lencana Wajib (Pilihan SATU [1] sahaja : Penunggang Basikal* atau Ahli Renang)
Lencana Keris Gangsa
Lencana Kegemaran (Pilihan DUA [2] sahaja : Ahli Koleksi Hobi / Ahli Kraftangan / Peladang Kecil / Pelukis* / Pembaca Buku* / Penghibur)
Tahun 5 (5 lencana)
Lencana Keris Perak
Lencana Pengetahuan (Pilihan DUA [2] sahaja : Ahli Olahraga / Ahli Sukan Permainan / Ahli Sains / Pecinta Alam Semula Jadi* / Pembaca Peta / Pemeliharaan Alam Sekitar* / Pengembara
Lencana Perkhidmatan (Pilihan DUA [2] sahaja : Pekerja Am* / Pengurus Rumah* / Penyelamat Nyawa / Pertolongan Cemas.
Tahun 6 (1 lencana)
Lencana Keris Emas & Pra Penilaian Rambu Biru
Penilaian Rambu Biru (1 bulan) Tugasan Individu
***Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - Rambu Biru
Sila sediakan Buku Log untuk menyelesaikan semua tugasan di atas. Buku ini akan digunakan dari tahun 4 hingga ke tahun 6. (Rujuk softcopy Buku Log yang telah disediakan)
Bagi lencana yang bertanda (*), akan dilaksanakan di dalam kumpulan.
Bagi menyelesaikan penulisan Buku Log, sila ikut arahan yang telah ditetapkan mengikut tab tahun yang ada di atas (bahagian atas sites).
Kamu boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk menyiapkan Buku Log ini.
Setelah selesai penulisan Buku Log, sila serahkan kepada Pemimpin atau Penolong Pemimpin kumpulan untuk semakan.
INFO TAMBAHAN
NAMA SEKOLAH : SK BERTAM PERDANA
KOD SEKOLAH : PBA2038
PEMIMPIN : EN. AMIR HAMZAH BIN MOHAMAD @ ABD. LATIF
NOMBOR KUMPULAN : 92
DAERAH : BUTTERWORTH
NEGERI : PULAU PINANG
EMAIL : pengakap92@gmail.com
Rujukan & Olahan :
PPMDB (Pulau Pinang)
PPMDBL (Pulau Pinang)
PPMDT (WP Kuala Lumpur)
PPM Selangor
Seluruh PPM yang terlibat secara langsung & tidak langsung.