Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, ping pong dan sebagainya serta mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
Tugasan
Menulis - Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU (1) jenis permainan berikut :
Bola sepak;
Bola tampar;
Badminton;
Rounders;
Hoki;
Sepak takraw;
Ping pong;
Bola baling;
Ragbi; atau
Bola jaring.
(Pilihan sukan adalah mengikut kelab sukan permainan kamu semasa waktu ko-kurikulum di sekolah).
Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang DUA (2) permainan pasukan. (Berikan DUA (2) keping gambar permainan tersebut. Contoh ; Jika kamu ahli sukan permainan di sekolah bola sepak, kamu perlu menunjukkan permainan lain seperti badminton atau permainan dalaman berpasukan).
Menunjukkan yang ahli Pengakap itu terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah, negerinya atau kebangsaan. (Berikan SATU (1) keping gambar menunjukkan kamu terlibat dalam latihan untuk sukan permainan tersebut).
Mengelahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. (Menulis tatacara untuk menjaga dan menyimpan peralatan mengikut sukan permainan kamu).
Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. (Menulis cara membersihkan badan setelah bermain).
Catatan untuk Buku Log ;
Kamu hanya perlu mengikut arahan bagi perkara 1 hingga 5 dan selesaikan pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kriteria, kamu akan dianugerahkan Lencana Ahli Pasukan Permainan.