Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya.
Pilih TIGA (3) perkara sahaja daripada senarai di bawah :
Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian selama tidak kurang dari EMPAT (4) bulan :
Tumbuh-tumbuhan (paku-pakis / rumput rampai / pokok tanaman); atau
Kehidupan seperti burung / rama-rama / serangga; atau
Kawan dan musuh tanaman di kebun.
Memelihara binatang belaan atau ternakan sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan serta menyimpan catatan mengenainya;
Mengambil bahagian satu projek bersama Sekawan sendiri atau bersama Pengakap Muda seperti berikut :
Membersihkan tempat perkhelahan / tepi jalan / tepian pantai / tepian sungai / tepian tasik; atau
Menanam pokok rimbun atau pokok hiasan sama ada di kawasan tempat tinggal atau di sekolahnya; atau
Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun belakang rumah atau sekolah;
Membuat carta cuaca selama SATU (1) dalam Buku Log; atau
Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1 hingga 5 (pilih TIGA [3] perkara sahaja) pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.