Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah membuat atau menghasilkan LIMA (5) hasil tangan sendiri sebagai kraftangan yang boleh dihiasi dan digunakan dengan baik dalam tempoh sekurang-kurangnya SATU (1) bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegemaran Pengakap Kanak-kanak dalam membuat dan mereka cipta bahan-bahan kraf seperti anyaman tikar, Wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya.
Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan) :
Membuat asas anyaman tradisional;
Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian).
ATAU
Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun dan lain-lain);
Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain.
ATAU
Membuat origami;
Membuat topeng (topeng watak-watak Cerita Hutan);
Membuat kapal kertas, roket kertas dan sebagainya.
ATAU
Aktiviti yang dianggap / berkaitan dengan kraftangan.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara yang melibatkan kraftangan sekurang-kurangnya DUA [2] aktiviti pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.