Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman awam, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula.
Pilih TIGA (3) perkara sahaja daripada senarai di bawah :
Menyatakan dengan bantuan gambar rajah, Apakah yang dikatakan dengan :
a) "Alam Sekitar"?;
b) "Kitaran Oksigen"?; atau
c) "Kitaran Air"?.
Lukiskan beberapa gambar rajah tentang "Bagaimana cahaya, air, udara, mineral (galian), tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan kepada manusia?";
Merancang keluar mengembara ke satu kawasan lapang bersama Sekawan :
a) Senaraikan nama-nama benda yang ditemui (haiwan, tumbuhan dan benda-benda hidup lain);
b) LIMA (5) jenis binatang yang ditemui dan kelaskan (Mamalia, Reptilia, Burung atau Unggas); dan
c) Tuliskan maklumat mengenai pokok-pokok yang ditemui.
Menerangkan kejadian hujan, menunjukkan carta cuaca untuk tempoh 2 minggu dan terangkan, "Apakah kesannya terhadap alam sekitar?";
Menerangkan sekurang-kurangnya ENAM (6) maklumat yang dipetik daripada akhbar atau majalah atau Internet mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar.
Menyediakan Buku Skrap mengenai SATU (1) perkara berikut dan nyatakan punca menyebabkan pencemaran :
a) Pembuangan bahan sisa kilang;
b) Pembuangan sampah-sarap;
c) Pembuangan bangkai; atau
d) Pembuangan atau tumpahan minyak.
Mengambil bahagian dalam SATU (1) aktiviti berikut :
a) Memberi perkhidmatan sukarela memelihara alam sekitar seperti membersihkan kawasan sekolah, taman rekreasi kanak-kanak, kawasan perumahan; atau
b) Memelihara pokok atau berkebun di kawasan rumah sendiri atau kawasan sekolah.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1 hingga 7 (pilih TIGA [3] perkara sahaja) pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.