Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan APM.
Untuk LULUS Lencana Penyelamat Nyawa, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu LULUS ujian seperti berikut :
Pemegang lencana Ahli Renang;
Menunjukkan cara terjun ke air dengan luncur meniarap dan tendang keribas sekurang-kurangnya 50 meter dibantu oleh Tenaga Pengajar;
Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaian meniarap, kuak dada dalam air;
Menunjukkan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara :
a) memdang rambut si malang dari belakang;
b) mengangkat kepala si malang dari belakang;
c) mengangkat baju si malang;
d) menyelamat menggunakan tali; dan
e) melontar tali, kayu pendayung dan sebatang kayu;
Menunjukkan cara-cara pemulihan pernafasan (CPR) dari mulut ke mulut;
Mengetahu cara menyelamat diri apabila berlaku kebocoran paip tangki gas beracun dan memhami cara meminta bantuan;
Memahami atau mengetahui cara menyelamat daripada api, memhami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran; dan
Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1 hingga 8 (wajib LULUS kesemua perkara).
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.