Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.
Tugasan
Pilih EMPAT (4) perkara daripada tugasan di bawah :
1. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai (Pemimpin, Guru Seni Visual, Ibu Bapa atau Penjaga) dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran WATAK daripada Cerita Hutan "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling. Buat SATU (1) watak sahaja dalam Buku Log atau Kertas Lukisan.
Contoh lukisan satu gambaran WATAK "Cerita Hutan"
2. Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan setiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel).
Pelangi
Colour Wheel
3. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai (Pemimpin, Guru Seni Visual, Ibu Bapa) dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku (Contoh : Berkhemah di tepi pantai / Bercuti di kampung) atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping Kertas Lukisan atau dalam Buku Log.
Contoh-contoh lukisan gambaran
4. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri menggambarkan SATU (1) daripada lima perayaan; Hari Raya puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. Kad perlu ditampal dalam Buku Lukisan atau Buku Log.
Contoh-contoh Kad Ucap Selamat
5. Menunjukkan cara cara pengadunan warna cecair (water colour) daripada warna perdana kepada warna sekunder;
6. Pilih SATU (1) kegiatan di bawah :
Membuat satu rekaan corak daripada bahan terbuang seperti cetakan, kolaj, hiasan dinding dan sebagainya;
Membentuk binaan daripada bahan terbuang seperti arca, asemblaj, anyaman asas dan sebagainya; atau
Memperkenalkan kraf tradisional seperti lukisan, ukiran dan sebagainya.
7. Menunjukkan kepada Pemimpin atau Penolong Pemimpin satu buku lukisan yang mesti mempunyai 10 lukisan daripada pelbagai jenis.
Catatan Buku Log ;
Selesaikan perkara 1 hingga 7 (pilih EMPAT [4] perkara sahaja) pada muka surat berasingan. Perkara tersebut boleh dilakukan dalam Buku Lukisan atau Buku Log.
Guru Pendidikan Seni Visual perlu menyemak EMPAT [4] perkara yang dipilih sebelum dihantar kepada Pemimpin atau Penolong Pemimpin untuk pengesahan sebelum dianugerahkan lencana ini.