Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah minat kepada membaca atau minat dengan perpustakaan mendatangkan minat membaca sekaligus dapat dijadikan hobi. Catatkan secara ringkas mengenai beberapa buku yang dibaca dalam tempoh sekurang-kurangnya SATU (1) serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasil bacaannya.
Lencana ini juga diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensaiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah / Pengawas Pusat Sumber (PSS).
Pilih EMPAT (4) perkara sahaja daripada senarai di bawah :
Menyediakan daftar LAPAN (8) buah buku yang dibaca. (Boleh rujuk Buku NILAM jika jumlah mencukupi)
Boleh membaca dengan menepati tanda baca dan tekanan suara yang betul.
Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan (dugaan/agakan).
Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya (rumusan/ulasan).
Menghuraikan petikan, peribahasa dan kata-kata (maksud).
Membuat penilaian bertulis mengenai buku sastera kanak-kanak.
Boleh menggunakan kamus dan ensaiklopedia.
Menjadi Pustakawan / Pengawas Pusat Sumber sekolah (PSS).
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1 hingga 8 (pilih EMPAT [4] perkara sahaja) pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.