Terdapat pelbagai rupa dan jenis Buku Log Pengakap. Senario ini menimbulkan situasi kurang menyenangkan bagi sebahagian ahli Pengakap dan Pemimpin Pengakap . Justeru itu, terdapat berbagai cara dan bentuk Buku Log disediakan dalam pelbagai situasi.
Kesesuaian isi kandungan dan keterbatasan masa, maka satu garis panduan penyediaan sesuatu Buku Log dihasilkan. Diharapkan ia boleh membantu Pemimpin dan Ahli Pengakap. Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD atau WAJIB DIPATUHI tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana menulis penulisan sesebuah Buku Log.