Penunggang Basikal *
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.
Menyatakan 4 undang-undang jalan raya semasa berbasikal.
Mengetahui dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal.
Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal.
Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.
Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.
Ahli Renang
Catatan untuk Buku Log ;
Setelah selesai semua tugasan, sila hantar kepada Pemimpin atau Penolong Pemimpin untuk semakan.
Ujian akan dilaksanakan bagi semua perkara di atas termasuk ujian Penunggang Basikal dan praktikal untuk Lencana Ahli Renang, sebelum kamu dianugerahkan lencana ini. Pelaksanaan ujian akan dimaklumkan kelak. Kamu dikehendaki melengkapkan Buku Log terlebih dahulu sebelum menjalani ujian.