Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemas bilik tidur dan sebagainya.
Pilih LIMA (5) perkara sahaja daripada senarai di bawah :
Menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain;
Menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, air tembikai, air kelapa dan lain-lain;
Menyediakan sup (rebusan) daripada bahan masakan segera atau menggoreng telur atau bahan makanan segera seperti Burger atau Sausage, French Fries dan lain-lain;
Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan DUA (2) orang;
Menggoreng ikan / udang / ayam / sardin / pisang / keledek / tauhu dan lain-lain untuk hidangan DUA (2) orang;
Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk, kuali dan lain-lain;
Menyapu, mengibas habuk dan mengemas bilik tidur; atau
Mencuci pakaian seragam Pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stoking, kasut dan lain-lain.
Catatan untuk Buku Log ;
Berikan sekurang-kurangnya DUA [2] gambar bagi setiap perkara berkaitan.
Bagi Lencana ini, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menandatangi pada bahagian terakhir tugasan sebagai penilai untuk lencana tersebut.
Setelah selesai, sila hantar buku log untuk disemak oleh Pemimpin dan Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.