Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian, seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut : -
Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap.
Lima Prinsip Rukun Negara.
Tabik, Hormat & Cogan Kata Pengakap.
Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap.
Cerita Hutan.
Laung Agung.
Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap di atas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.
Perkara :
Lambang Pengakap Malaysia &
Pengakap Sedunia
Persetiaan Pengakap &
Undang-undang Pengakap
Lima Prinsip Rukun Negara
Tabik, Hormat & Cogan Kata Pengakap
Permulaan Pergerakan Pengakap
Cerita Hutan
Laung Agung
Cogan Kata Pengakap Kanak-kanak : “BUAT HABIS BAIK”