Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas.
Pilih TIGA (3) perkara sahaja daripada senarai di bawah :
1. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. (Melukis mata angin 8 pecahan sahaja).
2. Melukis sebuah Peta Kasar sekitar tempat tinggal kamu, tandakan petunjuk seperti bangunan, pasar raya, balai polis, bank, pejabat pos, stesen bas, sungai dan lain-lain. (Melukis peta kasar seperti contoh di bawah).
***Ahli Pengakap Kanak-kanak boleh merujuk Google Maps untuk melukis peta kasar.
Contoh Peta Kasar
3. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : Sudut 075', 025", 120" dan 245" dan lain lain. (Melukis 4 sudut dengan menggunakan protektor, lihat video-video di bawah cara untuk menggunakan protraktor)
Video 1
Video 2
4. Melukis petunjuk peta dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta :
a) jalan raya dan jambatan;
b) jalan keretapi;
c) bangunan (kediaman, masjid, gereja, tokong dan kuil);
d) sungai dan tali air; serta
e) tumbuhan (getah, kelapa, kelapa sawit, padi dan hutan).
Rujukan Tambahan
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1, 2, 3 atau 4 (pilih TIGA [3] perkara sahaja) pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.