Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui Menyanyi, Menari, Berjenaka atau apa sahaja berkaitan dengan menghiburkan boleh dijadikan sebagai tugasan dan perlu dilakukan dalam tempoh sekurang-kurangnya SATU (1) bulan serta menghasilkan kegembiraan sedikit sebanyak tentang hiburannya.
Memilih dan memainkan TIGA (3) lagu dengan alat muzik daripada ENAM (6) jenis muzik :
Lagu Kanak-kanak;
Lagu Asli;
Lagu Patriotik;
Lagu Tradisi Masyarakat;
Lagu Tarian Asli atau Joget Malaysia; atau
Lagu Pengakap
Boleh menyanyi DUA (2) buah lagu dengan iringan muzik, sebuah Lagu Patriotik dan satu lagi Lagu Pengakap.
Mengajar DUA (2) lagu untuk Malam Pengakap Kanak-kanak.
Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya SATU (1) tarian tradisional.
Tahu menggunakan alat perakam / aplikasi perakam Android atau iOS (berikan nama Aplikasi yang digunakan).
Boleh bertindak sebagai Juruacara / Emcee persembahan atau pertunjukan.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1 hingga 6 (pilih TIGA [3] perkara sahaja) pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.