APA ITU KEPENGAKAPAN ?
Suatu Program Aktiviti yang penuh Cabaran dan Keseronokan.
Pergerakan Belia Antarabangsa bagi melatih Muda-Remaja menjadi Warganegara yang berguna.
Suatu Aktiviti Fizikal dan Mental serta keinginan untuk Meneroka, Menyelidik dan memajukan Diri Muda-Remaja.
Memberikan Suatu Pengalaman Baru yang Mencabar (Advanturous). Bagaimana Untuk mengatasi Cabaran dan Penggunaan Peralatan dengan selamat.
Merupakan Suatu Pembelajaran, Peluang Muda-Remaja Belajar lebih efektif melalui Perbincangan dan Mempraktikkan apa yang dipelajari.
Merupakan Suatu Program yang mempunyai Ciri-Ciri :
Situasi Sebenar Kehidupan Muda Remaja.
Membantu Menyelesaikan Masalah.
Mencapai Kejayaan melalui Minat.
Menyalurkan idea-idea baru secara terus.
Pengalaman yang seimbang mengikut peringkat umur.
Tersusun, progresif dan sistematik.
Kreatif dan memupuk bakat Kepimpinan.
Merupakan Suatu Dunia Baru : Mempunyai Ruang untuk Berinteraksi, Bergaul dengan Rakan Sebaya, Bebas dari Kongkongan Kehidupan Keluarga Seharian.
Merupakan Suatu Kumpulan Untuk :
Mencari Pengalaman Baru.
Melakukan sesuatu dalam Kumpulan Kecil (Sekawan/Patrol).
Bersama dan Belajar dari Rakan Sebaya.
Memperkembangkan Diri dan Menyesuaikan Diri mengikut kehendak Individu.
Melibatkan Diri dalam Mencapai Sesuatu Kejayaan.
Hidup Bersama dan Memberikan Sumbangan dalam Kumpulan.
Merupakan Kepimpinan :
Memperkembangkan Kemahiran dan Bakat Kepimpinan dan Memainkan Peranan sebagai Pemimpin dalam Kumpulan Kecil.
Merupakan Suatu Keseronokan :
Keseronokan Merupakan Suatu Program Pengakap yang Menggunakan Cara dan Kaedah Pengakap.