Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi atau melontar peluru. Pelibatan sekurang-kurangnya di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan serta mengetahui sedikit sebannyak tentang acara yang disertainya.
Contoh acara Olahraga yang perlu dijalankan :
Menulis - Mengetahui apakah MSSD / MSSN / MSSM / SUKMA ;
Menulis - Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan;
Mengambil bahagian dengan TIGA (3) percubaan :-
Lari 100 meter, 20 saat; atau
Lari 200 meter, 50 saat; atau
Lompat Tinggi 0.8 meter; atau
Lontar Peluru 6 paun (2.72 kg), 5 meter.
Menyertai acara Merentas Desa.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1, 2, 3 dan 4 pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.