Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah.
Pilih LIMA (5) perkara sahaja daripada senarai di bawah :
Menerangkan berkenaan persediaan yang perlu dibawa untuk pengembaraan sehari termasuk pakaian yang perlu dibawa, bekalan peribadi, lain-lain alatan dan ubatan dalam peti pertolongan cemas;
Mengambil bahagian dalam pengembaraan jauh (Pek Bercuti);
Menghidupkan api di luar atau tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang dijumpai dan membuat minuman panas;
Merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya SATU (1) kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit Pengakap yang dibuat atau ditulis di atas tanah;
Mengetahui cara mengisi barang barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara;
Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah serta kedudukan arah angin dan arah matahari; atau
Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara 1 hingga 7 (pilih LIMA [5] perkara sahaja) pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.