Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengekap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci (key chain), lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya).
1) Pilih SATU (1) hobi. Contoh-contoh seperti di bawah :
Mengumpul pelbagai jenis setem Malaysia/Bukan Malaysia yang berbeza (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Menghasilkan Buku Skrap pelbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain. (Pilih SATU (1) dan buat 6 - 7 muka surat).
Pelbagai bentuk pensel dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Pelbagai contoh sampul surat keluaran khas (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Pelbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Pelbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkang (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Rantai kunci (key chain) pelbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya.
Lain-lain hobi yang sesuai.
2) Tulis karangan (50 patah perkataan) menceritakan perkara berikut ;
Kenapa memilih hobi tersebut?
Bagaimana kamu memperolehinya / mendapatkannya?
Apa faedah yang kamu perolehi dengan mempunyai hobi ini?
Catatan untuk Buku Log ;
Kamu hanya perlu menampal gambar hobi (sekurang-kurangnya SATU [1] gambar) yang menunjukkan koleksi kamu bagi perkara (1) dan menulis karangan bagi perkara (2).
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi krateria, kamu akan dianugerahkan Lencana Ahli Koleksi Hobi.