Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya.
Pilih LIMA (5) perkara sahaja daripada senarai di bawah :
Bergambar – Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa;
Bergambar – Mencuci dan menggosok baju dengan seterika;
Bergambar dan menulis – Menukar tayar basikal dengan tunjuk ajar orang dewasa;
Bergambar dan menulis – Menukar mentol basikal dan menegangkan rantai dengan tunjuk ajar orang dewasa;
Menulis – Menunjukkan cara menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spanar, pelayar, pisau, kapak dan tahu cara menyimpannya;
Bergambar dan menulis – Membuat satu alat permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan;
Menulis – Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak;
Bergambar dan menulis – Menjahit butang pada baju atau seluar atau menjahit lencana Pengakap pada baju dengan sempurna;
Bergambar – Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan sekeliling rumah;
Bergambar dan menulis – Menunjukkan cara bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat serta bagaimana mencuci berus cat setelah digunakan;
Bergambar – Membesihkan alat perkebunan seperti cangkul, pongkes, sudip tangan, pencakar tangan dan lain-lain selepas digunakan; atau
Bergambar – Menyusun atur alat pertukangan atau alat perkebunan dalam bilik simpanan / stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak.
Catatan untuk Buku Log ;
Berikan sekurang-kurangnya DUA [2] gambar bagi setiap perkara berkaitan.
Bagi Lencana ini, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menandatangi pada bahagian terakhir tugasan sebagai penilai untuk lencana tersebut.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.