Setelah mendapat Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH (7) lencana Kepandaian iaitu SATU (1) Lencana Wajib, DUA (2) lencana Kegemaran, DUA (2) Lencana Pengetahuan dan DUA (2) Lencana Perkhidmatan Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat :-
Telah memakai Lencana Keris Emas selama TIGA (3) bulan.
Berkelakuan baik.
Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi.
Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan.
Catatan : Rambu Pengakap Kanak-kanak ini boleh dipakai sehingga Pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap Muda. Anugerah Rambu dan Sijil dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri.