Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah menyempurnakan hasil tanaman sendiri yang ringkas di dalam pasu atau hidroponik sebagai hasil peladang kecil. Hasil tanaman mestilah teratur dan berhasil dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya SATU (1) bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya.
Lencana ini juga diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuannya dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan dan berkebun dengan kaedah yang betul.
Contoh aktiviti peladang kecil yang boleh dijalankan (cadangan) :
Menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas.
Menyediakan batas untuk sayuran dan membaja semasa penyediaan batas.
Menyediakan tapak semaian hidroponik dan menanam pokok dengan menggunakan kaedah hidroponik, menjaga dan membaja.
Menjaga tanaman sayuran / keratan batang / rizom di batas dan membaja.
Membuat junjung bagi pokok sayuran yang memanjat seperti timun dan kekacang.
Menjaga pokok buah-buahan dan mengetahui serba sedikit tentang baca dan racun.
Menanam pokok-pokok ubi seperti keledek.
Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor anak ayam.
Memelihara sekurang-kurangnya 5 ekor ikan air tawar.
Mendengar ceramah daripada pegawai pertanian atau Guru Sains / Sains Pertanian berkenaan isu-isu pertanian.
Aktiviti berkaitan perladangan / pertanian yang bersesuaian.
Catatan untuk Buku Log ;
Selesaikan perkara yang melibatkan pertanian sekurang-kurangnya TIGA [3] aktiviti pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar Buku Log untuk disemak oleh Pemimpin atau Penolong Pemimpin.
Jika memenuhi kreteria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.