بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini menjadi penggenap kepada sempurnanya ibadat yang menjadi perintah Allah SWT kepada umat Islam. Jika dipandang kepada angka, seperti mustahil untuk dilaksanakan terutamanya kepada muallaf dan anak-anak yang baru mula belajar berpuasa. Namun dalam diam ianya selesai sudah tanpa disedari. Syukur.
Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal afdhal berterusan dengan puasa Ramadhan iaitu selepas hari raya pertama.
Oleh itu marilah kita meneruskan amalan-amalan baik di Bulan Ramadan terutamanya amalan puasa. Tambahan pula tiada penganjuran rumah terbuka sepanjang PKPB ini pastinya kita tiada alasan untuk tidak berpuasa. Moga madrasah Ramasan yang kita jalani selama 30 hari ini dapat membentuk peribadi muslim sejati yang sentiasa menghiasi diri dengan amalan kebaikan dan akhlak yang mulia.
Wassalam.