بسم االه الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dapat bertemu buat kesekian kalinya pada Ramadan kali ini. Walau apa pun keadaannya, walau apa pun situasinya seperti dalam situasi pandermik covid -19 yang amat jauh dari pemikiran kita ini, namun kita tetap menyambutnya dan akan mengisinya seperti Ramadan tahun sudah.
Situasi dan keadaan yang berbeza bukan penentu graf pencapaian ibadat kita. Ibadat puasa ini adalah salah satu rukun Islam, ia adalah ibadat membuktikan keimanan dan kehambaan kita kepada Allah. Maka sesungguhnya pastilah kita mahu mempersembahkan yang terbaik.
oleh itu mari kita tetapkan azam kita mulai hari ini, apakah bentuk puasa yang kita mahukan? Adakah hanya sebuah puasa yang kosong, adakah puasa yang hanya diapit dengan makan dan minum yang enak-enak pada awalan (bersahur) dan akhiran (berbuka) sahaja? Tentu sahaja kita mahukan puasa yang lengkap, dengan solat berjemaah, solat sunat,mengaji 1 juzuk 1 hari, berzikir, soat tarawih, sedekah, qiamullail dan lain-lain tanpa ada kecelaan dan kecacatan.
Peluang itu Allah buka pada Ramadan kali ini. Puasa dalam PKP menjadikan puasa kita hampir sempurna tanpa mengumpat, marah, sakit hati, melihat aurat orang lain kerana kita tidak bertemu dengan sesiapa melainkan ahli keluarga kita sahaja.
Hadis nabi SAW :انما الأعمال بالنيات
``Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niatnya'' [Hadis riwayat Bukhari Muslim]
Niat itu bukan sekadar lafaz yang disebut, ia adalah draf keseluruhan perbuatan yang kita beritahu kepada anggota tubuh badan kita, bahawa kita akan melakukannya. Oleh itu tetapkan azam dan niat untuk kita buat yang terbaik. Semoga Ramadan ini membentuk kita menjadi insan yang lebih baik.
Wassalam.