Lencana Keahlian
Muat turun nota lencana keahlian dan menulis di dalam buku log.
Menduduki ujian secara atas talian.
Memuat naik video bacaan Persetiaan Pengakap dengan intonasi yang betul ke aplikasi Whatsapp pemimpin.
Setelah lengkap, murid akan menerima sijil digital lencana keahlian.
Lencana Wajib - Penunggang Basikal
Muat turun nota lencana Wajib - Penunggang Basikal dan menulisnya di dalam buku log.
Menduduki ujian secara atas talian.
Memuat naik gambar duduk di atas basikal dengan beruniform pengakap pada facebook peribadi dengan menggunakan tanda pagar #pengakapdudukrumah #pengakapskbj (hantar pautan untuk semakan)
Setelah lengkap, murid akan menerima sijil digital Lencana Wajib - Penunggang Basikal.
Lencana Keris Gangsa
Fasa Pertama
Muat turun nota buku log keris gangsa dan menulis di dalam buku log.
Menduduki ujian secara atas talian.
Memuat naik video cara ikatan buku sila serta menyatakan kegunaannya (dengan memakai uniform pengakap) pada facebook peribadi dengan menggunakan tanda pagar #pengakapdudukrumah #pengakapskbj dan mengumpul komen seramai 10 orang. (hantar pautan untuk semakan).
Setelah lengkap, murid akan menerima sijil digital Pra Lencana Keris Gangsa.
Fasa Kedua (setelah sekolah dibuka)
Menunjukkan buku log yang telah lengkap.
Menunjukkan sijil digital Pra Lencana Keris Gangsa.
Melalui penilaian pemimpin.
Setelah lengkap, murid akan menerima Sijil Lencana Keris Gangsa.
Ahli pengakap tahun 4, boleh meneruskan kegiatan Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran.
Ahli Koleksi Hobi*
Ahli Kraf Tangan
Peladang Kecil
Pelukis*
Pembaca Buku
Penghibur
Lencana-lencana ini tidak perlu melalui ujian seperti lencana-lencana di atas. Ahli pengakap perlu menyelesaikan tugasan di dalam buku log sahaja. Arahan tugasan boleh didapati di https://bit.ly/pengakapsktm26 . Lencana yang bertanda (*) sahaja disediakan arahan, bagi lencana lain, sila rujuk tugasan di dalam buku skim. Semakan akan dibuat oleh pemimpin selepas sekolah dibuka nanti.
Setelah memperolehi lencana keahlian, lencana wajib, lencana keris gangsa dan 2 lencana kegemaran, maka telah selesai skim lencana bagi murid tahun 4 tersebut.