Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan mendapat Pengesahan Selesai Tugasan (PST) yang akan di hantar melalui emel yang didaftarkan. Kumpulkan 2 PST dan hantar dengan menggunakan Dapatkan Sijil untuk melengkapkan Skim Latihan Lencana Keahlian ini. Sijil digital akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Pengakap Kanak-kanak perlu memuat turun nota lencana keahlian dan menulis di dalam buku log. Memuat naik 1 gambar hasil tulisan tangan pada mana-mana bahagian tertentu pilihan kamu untuk dinilai.
Menduduki Ujian Lencana Keahlian (terdapat 20 soalan objektif).
TEKAN PADA BUTANG KUNING UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI
Sila dapatkan bantuan dari ibu bapa atau orang dewasa jika terdapat sebarang masalah.
Kepada semua ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam Edisi Khas Ujian Lencana PPM Daerah Butterworth, sila semak keputusan ujian bagi setiap lencana pada Tab "Semakan No Siri Sijil". Jika ada "Semak Semula" sila laksanakan semula bahagian yang dimaklumkan sahaja. Jika tiada tindakan diambil, kamu tidak akan mendapat no siri sijil dan sijil yang telah dijana adalah tidak sah.