Lencana Keris Emas
Lencana Keris Emas
Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2 lencana), Pengetahuan (2 lencana) dan Perkhidmatan (2 lencana), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut:
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak- kanak sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas.
Untuk mendapatkan lencana ini, ahli pengakap perlu mengikuti kursus & ujian yang akan diadakan oleh PPM Daerah. Boleh lihat buku log untuk persediaan sebelum mengikuti perkhemahan ini.
# Dapatkan Buku Log Keris Emas daripada guru pembimbing dan lengkapkan dan hantar untuk dinilai