Lencana Ahli Sukan Permainan
Lencana Ahli Sukan Permainan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri.
Tugasan
(1) Menulis undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling, ragbi dan bola jaring. (pilihan sukan adalah mengikut kelab sukan permainan kamu semasa waktu ko-kurikulum di sekolah).
(2) Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan. (berikan 2 keping gambar permainan tersebut, Cth; jika dia ahli sukan permaian di sekolah bola sepak, dia perlu menunjukkan permainan lain seperti badminton dan permainan dalaman berpasukan)
(3) Menunjukkan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. (berikan 1 keping gambar menunjukkan kamu terlibat dalam latihan untuk sukan permainan tersebut)
(4) Mengelahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. (menulis tatacara untuk menjaga & menyimpan peralatan mengikut sukan permainan kamu)
(5) Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain. (menulis cara membersihkan badan setelah bermain)
Catatan untuk buku log;
Kamu hanya perlu mengikut arahan bagi perkara 1 hingga 5.
Setelah selesai, sila hantar buku log untuk disemak oleh pemimpin.
Jika memenuhi krateria, kamu akan dianugerahkan lencana ahli koleksi hobi.