Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan mendapat Pengesahan Selesai Tugasan (PST) yang akan di hantar melalui emel yang didaftarkan. Kumpulkan 4 PST dan hantar dengan menggunakan Dapatkan Sijil untuk melengkapkan Skim Latihan Lencana Pelukis ini. Sijil digital akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai (pemimpin, guru seni, ibu bapa) dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran WATAK dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling. Buat SATU watak sahaja di dalam buku log atau kertas lukisan.
Melukis pelangi dengan wamanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel).
Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai (pemimpin, guru seni, ibu bapa) dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku (cth: berkhemah di tepi pantai / bercuti di kampung) atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas lukisan atau di dalam buku log.
Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri menggambarkan satu daripada lima perayaan; Hari Raya puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. Kad perlu ditampal di dalam buku log.
Tekan butang diatas untuk melihat contoh.
*Semua tugasan mesti ditunjukkan di dalam buku log.