Lencana Ahli Koleksi Hobi


Penerangan Aktiviti:

Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan mendapat Pengesahan Selesai Tugasan (PST) yang akan di hantar melalui emel yang didaftarkan. Kumpulkan 2 PST dan hantar dengan menggunakan Dapatkan Sijil untuk melengkapkan Skim Latihan Lencana Ahli Koleksi Hobi (LH) ini. Sijil digital akan dihantar ke emel yang didaftarkan.

Tugasan 1 (muat naik gambar)

  • Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza.

  • Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu & 6-7 muka surat).


  • Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis).

  • Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis).

  • Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis).

  • Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis).

  • Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis).

  • Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis).

  • Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya.

  • Lain-lain hobi yang sesuai.

Tugasan 2 (menulis karangan)

Tulis karangan (50 patah perkataan) menceritakan perkara berikut;

  1. Kenapa memilih hobi tersebut?

  2. Bagaimana kamu memperolehinya / mendapatkannya.

  3. Apa faedah yang kamu perolehi dengan mempunyai hobi ini?


TEKAN PADA BUTANG KUNING UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI

Sila dapatkan bantuan dari ibu bapa atau orang dewasa jika terdapat sebarang masalah.


Muat naik gambar


Tulis karangan


SETELAH SELESAI SEMUA TUGASAN, SILA HANTAR SEMUA PST DENGAN MENGKLIK BUTANG INI UNTUK SIJIL DIGITAL LENCANA AHLI KOLEKSI HOBI.


Kepada semua ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam Edisi Khas Ujian Lencana PPM Daerah Butterworth, sila semak keputusan ujian bagi setiap lencana pada Tab "Semakan No Siri Sijil". Jika ada "Semak Semula" sila laksanakan semula bahagian yang dimaklumkan sahaja. Jika tiada tindakan diambil, kamu tidak akan mendapat no siri sijil dan sijil yang telah dijana adalah tidak sah.