Lencana Ahli Koleksi Hobi
Lencana Ahli Koleksi Hobi
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengekap Kanak-kanak sebagai mengakui minat & pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh Pemimpinnya).
Tugasan
1) Pilih satu hobi. Contoh seperti dibawah.
Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza.
Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu & 6-7 muka surat).
Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis).
Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis).
Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya.
Lain-lain hobi yang sesuai.
2) Tulis karangan (50 patah perkataan) menceritakan perkara berikut;
Kenapa memilih hobi tersebut?
Bagaimana kamu memperolehinya / mendapatkannya.
Apa faedah yang kamu perolehi dengan mempunyai hobi ini?
Catatan untuk buku log;
Kamu hanya perlu menampal gambar hobi (sekurang-kurangnya 1 gambar) yang menunjukkan koleksi kamu bagi perkara (1) dan menulis karangan bagi perkara (2).
Setelah selesai, sila hantar buku log untuk disemak oleh pemimpin.
Jika memenuhi krateria, kamu akan dianugerahkan lencana ahli koleksi hobi.