Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan mendapat Pengesahan Selesai Tugasan (PST) yang akan di hantar melalui emel yang didaftarkan. Kumpulkan 4 PST dan hantar dengan menggunakan Dapatkan Sijil untuk melengkapkan Skim Latihan Lencana Pembaca Peta (LPP) ini. Sijil digital akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. (melukis mata angin 8 pecahan sahaja). Muat naik gambar setelah selesai tugasan.
Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, pasaraya, balai polis, bank, pejabat pos, stesen bas, sungai dan lain-lain. (melukis peta kasar mengikut contoh yang diberikan dan memuat naik gambar tugasan setelah selesai).
Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075', 025", 120" dan 245" dan lain-lain. (melukis 4 sudut dengan menggunakan protektor, lihat video dibawah cara untuk menggunakan protektor, memuat gambar lukisan sudut 025' ,075', 120" dan 245" dengan menggunakan apa jua alat mengikut kreativiti masing-masing, pastikan sudut adalah tepat.)
Menjawab 20 soalan kuiz (perlu lulus 70/100, ulangi ujian sehingga LULUS)
* Semua tugasan perlu ditunjukkan di dalam buku log untuk semakan pemimpin.
*Mohon mentelaah semua bahan yang diberikan bagi memudahkan kamu menjawab soalan kuiz.
TEKAN PADA BUTANG KUNING UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI
Sila dapatkan bantuan dari ibu bapa atau orang dewasa jika terdapat sebarang masalah.
1 GAMBAR
1 GAMBAR
1 GAMBAR
Kuiz
SETELAH SELESAI SEMUA TUGASAN, SILA HANTAR SEMUA PST DENGAN MENGKLIK BUTANG INI UNTUK SIJIL DIGITAL LENCANA PEMBACA PETA.
Kepada semua ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam Edisi Khas Ujian Lencana PPM Daerah Butterworth, sila semak keputusan ujian bagi setiap lencana pada Tab "Semakan No Siri Sijil". Jika ada "Semak Semula" sila laksanakan semula bahagian yang dimaklumkan sahaja. Jika tiada tindakan diambil, kamu tidak akan mendapat no siri sijil dan sijil yang telah dijana adalah tidak sah.