Lencana Wajib
Lencana Wajib
Nota Lencana Wajib - Penunggang Basikal
Penunggang Basikal
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.
Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.
Mengetahui dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal.
Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal.
Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.
Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.
Tugasan
1) 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.
Arahan: Menulis di dalam buku log dan hafal.
Patuhi undang-undang lalu lintas; tanda-tanda dan isyarat trafik.
Menunggang di sebelah kiri jalan.
Menunggang basikal dalam satu barisan.
Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan atau ke kiri.
2) 10 peraturan semasa menunggang basikal.
Arahan: Menulis di dalam buku log dan hafal
Basikal dalam keadaan baik dan selamat.
Memakai topi kaledar keselamatan.
Menunggang basikal di lorong tepi (lorong khas jika ada).
Memakai pakaian yang cerah.
Jangan berbual ketika menunggang basikal.
Berikan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Memasang lampu basikal ketika waktu malam.
Memberi tumpuan yang sepenuhnya.
Berwaspada di kawasan yang selalu berlaku kemalangan.
Peka dengan keadaan jalan raya.
3) Isyarat tangan semasa berbasikal
Arahan: Melukis isyarat tangan dan menulis fungsinya.
4) 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
Arahan: Menulis di dalam buku log dan hafal.
Basikal tidak sempurna.
Tidak memberi isyarat tangan.
Jumlah penumpang yang dibawa.
Elakkan berbasikal di sebelah malam.
Jalan raya yang sibuk dan sempit.
Membawa haiwan.
Bergurau atau bercakap-cakap.
Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.
Saiz basikal tidak sesuai.
Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai.
5) Membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.
Arahan: Menulis sahaja.
Membaiki kerosakan kecil seperti
Membetulkan rantai basikal dan menyapu gris pada komponen yang memerlukan.
Mengepam angin tayar basikal jika kurang.
Menukar mentol lampu yang rosak.
Menjaga kebersihan basikal dengan mencuci basikal apabila kelihatan kotor, menyediakan tempat khas untuk menyimpan basikal.
6) Ujian Menunggang Basikal.
Kumpulan akan mengadakan kursus & ujian penunggang basikal untuk menilai kamu sebelum dianugerahkan lencana penunggang basikal.
Ahli Renang
Catatan untuk buku log;
Setelah selesai semua tugasan, sila hantar kepada pemimpin untuk semakan.
Ujian akan dilaksanakan bagi semua perkara diatas termasuk ujian berbasikal dan praktikal untuk lencana ahli renang, sebelum kamu dianugerahkan lencana ini. Perlaksanaan ujian akan dimaklumkan kelak. Kamu dikehendaki melengkapkan buku log terlebih dahulu sebelum menjalani ujian.