Lencana Pembaca Peta
Lencana Pembaca Peta
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mergakui peqgetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas.
Tugasan
(1) Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. (melukis mata angin 8 pecahan sahaja).
(2) Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, pasaraya, balai polis, bank, pejabat pos, stesen bas, sungai dan lain-lain. (melukis peta kasar mengikut contoh dibawah).
(3) Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075', 025", 120" dan 245" dan lain-lain. (melukis 4 sudut dengan menggunakan protektor, lihat video dibawah cara untuk menggunakan protektor)
Catatan untuk buku log;
Selesaikan perkara 1, 2 dan 3 pada muka surat berasingan.
Setelah selesai, sila hantar buku log untuk disemak oleh pemimpin.
Jika memenuhi krateria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.