L-Penunggang Basikal


Penerangan aktiviti:

Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan mendapat Pengesahan Selesai Tugasan (PST) yang akan di hantar melalui emel yang didaftarkan. Kumpulkan 3 PST dan hantar dengan menggunakan Dapatkan Sijil untuk melengkapkan Skim Latihan Lencana Wajib (LW) ini. Sijil digital akan dihantar ke emel yang didaftarkan.


Tugasan 1

Pengakap Kanak-kanak perlu memuat turun nota Lencana Wajib - Penunggang Basikal dan menulis di dalam buku log. Memuat naik 1 gambar hasil tulisan tangan pada mana-mana bahagian tertentu pilihan kamu untuk dinilai.

Tugasan 2

Menduduki Ujian Lencana Wajib - Penunggang Basikal (terdapat 20 soalan objektif).

Tugasan 3

Memuat naik gambar sedang duduk di atas basikal dengan beruniform pengakap pada facebook peribadi dengan menggunakan tanda pagar #pengakapdudukrumah #pengakapskbj (hantar pautan untuk semakan). Tugasan selesai selepas mendapat komen dari penilai dengan ulasan "Tugasan 3 selesai, tahniah..."


TEKAN PADA BUTANG KUNING UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI

Minta bantuan ibu bapa atau orang dewasa jika terdapat sebarang masalah.


Muat turun nota

Kuiz

Pautan Facebook

SETELAH SELESAI SEMUA TUGASAN, SILA HANTAR SEMUA PST DENGAN MENGKLIK BUTANG INI UNTUK SIJIL DIGITAL LENCANA.

Kepada semua ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam Edisi Khas Ujian Lencana PPM Daerah Butterworth, sila semak keputusan ujian bagi setiap lencana pada Tab "Semakan No Siri Sijil". Jika ada "Semak Semula" sila laksanakan semula bahagian yang dimaklumkan sahaja. Jika tiada tindakan diambil, kamu tidak akan mendapat no siri sijil dan sijil yang telah dijana adalah tidak sah.