Bagi memulakan penulisan buku log, beberapa perkara perlu diikuti dalam menghasilkan buku log Pengakap Kanak-kanak yang terbaik. Antaranya,
Hanya sebuah buku log sahaja digunakan. Jenis buku log yang paling sesuai ialah berkulit keras dan mempunyai bilangan muka surat yang lebih dari 100. Tetapi penyediaan buku log adalah atas kemampuan ahli pengakap tersebut.
Permulaan buku log pada muka surat ke-3, sebelah kanan dengan biodata diri ahli pengakap.
Hanya menulis di sebelah kanan buku sahaja.
Setiap permulaan penulisan bagi setiap lencana perlu ditulis lencana yang akan dilaksanakan pada 1 muka surat, Contoh; LENCANA KEAHLIAN (ditulis pada muka surat sebelah kanan).
Tulisan tangan adalah diutamakan bagi ayat dan lukisan yang mudah digalakan untuk melukis dan mewarnakannya. Bagi gambar yang sukar untuk dilukis, boleh dicetak dan ditampal di dalam buku log.