Bagi ujian Lencana Keris Gangsa, pengakap perlu melalui 2 fasa. Fasa pertama tugasan secara online dan pengakap akan mendapat sijil pra lencana keris gangsa. Bagi fasa kedua akan berlaku setelah sesi persekolahan dibuka nanti.
(Tugasan online)
Muat turun buku log dan lengkapkan. Muat naik 1 gambar hasil tulisan tangan pada mana-mana bahagian pilihan kamu yang telah lengkap.
Menduduki ujian Lencana Keris Gangsa (20 soalan dan perlu lulus 70%)*ulangi UJIAN sehingga LULUS
Memuat naik video cara ikatan buku sila serta menyatakan kegunaannya (dengan memakai uniform pengakap) pada facebook peribadi dengan menggunakan tanda pagar #pengakapdudukrumah #pengakapskbj dan mengumpul komen seramai 10 orang. (hantar pautan untuk semakan). Tugasan selesai selepas mendapat komen dari penilai dengan ulasan "Tugasan 3 selesai, tahniah..."
(Penilaian Pemimpin)
Menunjukkan buku log yang telah lengkap.
Menunjukkan sijil digital Pra Lencana Keris Gangsa.
Melalui penilaian pemimpin.
Setelah lengkap, murid akan menerima Sijil Lencana Keris Gangsa.
TEKAN PADA BUTANG KUNING UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI
Sila dapatkan bantuan dari ibu bapa atau orang dewasa jika terdapat sebarang masalah.
Muat turun nota
Kuiz
Pautan Facebook
SETELAH SELESAI SEMUA TUGASAN, SILA HANTAR SEMUA PST DENGAN MENGKLIK BUTANG INI UNTUK SIJIL DIGITAL PRA LENCANA.
Kepada semua ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam Edisi Khas Ujian Lencana PPM Daerah Butterworth, sila semak keputusan ujian bagi setiap lencana pada Tab "Semakan No Siri Sijil". Jika ada "Semak Semula" sila laksanakan semula bahagian yang dimaklumkan sahaja. Jika tiada tindakan diambil, kamu tidak akan mendapat no siri sijil dan sijil yang telah dijana adalah tidak sah.