TUGASAN 4: Mengetahui bagaimana membuat anduh; (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki)
RUJUKAN: boleh rujuk buku log atau lihat video dibawah.
Anduh kepala: https://youtu.be/QWNvpRlF-6k
Anduh tangan: https://youtu.be/h252Y31AU1o
Anduh tapak tangan: https://youtu.be/lrYzVDaH2nY
Anduh lutut: https://youtu.be/q20nTbjeFuk
Anduh kaki: https://youtu.be/LcazuT9vJe0
Muat naik 1 video bagaimana membuat anduh bagi 2 perkara yang dinyatakan diatas (beruniform pengakap atau berskaf). Setelah memuat naik ke akuan facebook atau instagram, sila pastikan di "PUBLIC" kan dan sila gunakan tanda pagar hashtag #pengakapskbj. Penilai akan memberi komen berikut selepas semakan " Tugasan 4 diterima, tahniah..".
TUGASAN 5: Menghasilkan sebuah Buku Skrap (ebook) dari media suratkhabar, majalah atau internet yang ada mesej; Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan, ATAU Ketagihan Permainan Komputer, ATAU Menjaga Alam Sekitar, ATAU Kepelbagaian Budaya di Malaysia.
Menyediakan tugasan dengan menggunakan Google Doc atau Microsoft Word yang disebut sebagai ebook. Ebook ini perlu mengandungi sekurang-kurangnya 5 muka surat perkara-perkara berikut;
Cover buku - tajuk dan nama penulis
Isi kandungan ebook yang mempunyai maklumat perkara yang dibincangkan. Perlukan sekurang-kurangnya 2 gambar bersama penerangan.