Setiap tugasan yang berjaya diselesaikan akan mendapat Pengesahan Selesai Tugasan (PST) yang akan di hantar melalui emel yang didaftarkan. Kumpulkan 6 PST dan hantar dengan menggunakan Dapatkan Sijil untuk melengkapkan Skim Latihan Lencana Pengurus Rumah (LPR) ini. Sijil digital akan dihantar ke emel yang didaftarkan.
Memuat naik 2 gambar mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau basikal dengan tunjuk ajar orang dewasa.
Menulis – cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, playar, pisau, kapak dan bagaimana untuk menjaga alat tersebut selepas digunakan.
Menyediakan SATU tatacara bagi cara-cara menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana pengakap di baju dengan sempurna. Dengan menggunakan salah satu perisian berikut Ms Power Point atau Google Slide, tatacara ini perlu ada gambar berserta ulasannya.
Memuat naik 2 gambar mencuci dan menggosok baju dengan seterika.
Memuat naik 2 gambar mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah.
Pengesahan Ibu bapa & Penjaga sebagai Penilai Utama
PANDUAN MEMBUAT TUGASAN 3
TEKAN PADA BUTANG KUNING UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI
Sila dapatkan bantuan dari ibu bapa atau orang dewasa jika terdapat sebarang masalah.
Muat naik 2 gambar
Menulis cara
Muat naik Presentation
Muat naik 2 gambar
Muat naik 2 gambar
Pengesahan
SETELAH SELESAI SEMUA TUGASAN, SILA HANTAR SEMUA PST DENGAN MENGKLIK BUTANG INI UNTUK SIJIL DIGITAL LENCANA PEKERJAAN AM.
Kepada semua ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam Edisi Khas Ujian Lencana PPM Daerah Butterworth, sila semak keputusan ujian bagi setiap lencana pada Tab "Semakan No Siri Sijil". Jika ada "Semak Semula" sila laksanakan semula bahagian yang dimaklumkan sahaja. Jika tiada tindakan diambil, kamu tidak akan mendapat no siri sijil dan sijil yang telah dijana adalah tidak sah.