Lencana Pelukis

OBJEKTIF LENCANA

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.

Tugasan

Laksanakan 4 tugasan ini;

  • (1) Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai (pemimpin, guru seni, ibu bapa) dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran WATAK dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling. Buat SATU watak sahaja di dalam buku log atau kertas lukisan.

  • (2) Melukis pelangi dengan wamanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel).

  • (3) Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai (pemimpin, guru seni, ibu bapa) dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku (cth: berkhemah di tepi pantai / bercuti di kampung) atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas lukisan atau di dalam buku log.

  • (4) Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri menggambarkan satu daripada lima perayaan; Hari Raya puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. Kad perlu ditampal di dalam buku log.

Catatan buku log;

  1. Semua perkara boleh dilakukan di dalam buku lukisan atau buku log.

  2. Guru Pendidikan Seni perlu menyemak perkara 1 hingga 4 sebelum dihantar kepada pemimpin untuk pengesahan sebelum dianugerahkan lencana ini.