Lencana Pekerja Am
Lencana Pekerja Am
OBJEKTIF LENCANA
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya.
Tugasan
Bergambar – mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau basikal dengan tunjuk ajar orang dewasa
Menulis – cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, playar, pisau, kapak dan bagaimana untuk menjaga alat tersebut selepas digunakan.
Bergambar & menulis – cara-cara menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana pengakap di baju dengan sempurna.
Bergambar – mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah.
Bergambar – mencuci dan menggosok baju dengan seterika.
Catatan untuk buku log;
Berikan sekurang-kurangnya DUA gambar bagi setiap perkara berkaitan.
Bagi Lencana ini, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menandatangi pada bahagian terakhir tugasan sebagai penilai untuk lencana tersebut.
Setelah selesai, sila hantar buku log untuk disemak oleh pemimpin.
Jika memenuhi krateria, kamu akan dianugerahkan lencana ini.