Penilaian Rambu
Penilaian Rambu
Setelah mendapat Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH lencana Kepandaian iaitu SATU Lencana Wajib, DUA lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA lencana Perkhidmatan Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat :
Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan.
Berkelakuan baik.
Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi
Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan.
Catatan: Rambu Pengakap Kanak-kanak ini boleh dipakai sehingga Pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap Muda. Anugerah Rambu dan Sijil dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri.
Tugasan
Berikut adalah tugasan yang perlu diselesaikan untuk kamu dicalonkan sebagai penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri.
Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan.
Berkelakuan baik sepanjang berada di sekolah / kumpulan. Telah menunjukkan sikap yang boleh dicontohi oleh setiap ahli pengakap yang lain. Tidak melakukan masalah disiplin di sekolah.
Menunjukkan sikap kepimpinan yang baik dengan membantu ahli pengakap di kumpulan, guru-guru, pemimpin dan penolong pemimpin pengakap dan ibu bapa serta keluarga dirumah.
Tugasan yang perlu diselesaikan ialah; (a) Menghasilkan satu karangan bergambar / buku skrap (300 patah perkataan) mengenai pengalaman calon bermula dari perkhemahan lencana keris gangsa sehingga lencana keris emas. atau (b) Menghasilkan satu video (VLog) berkaitan aktiviti pengakap yang paling digemari (minimum durasi 3 minit) dan memuat naik ke laman Youtube untuk perkongsian umum. Pilih satu sahaja.
Contoh video;